Aktiviti pelaburan emas semakin rancak di Malaysia dan disertai oleh pelbagai golongan termasuk umat Islam.
Dari perspektif syariah, produk-produk dan teknik-teknik pelaburan emas perlu menepati prinsip dan hukum syarak, supaya aktiviti kewangan masyarakat Islam tidak terkeluar daripada landasan agama. Kertas kajian ini ditulis bagi menganalisis beberapa produk, pelan dan teknik pelaburan emas yang aktif dijalankan di pasaran berdasarkan prinsip dan hukum-hakam perniagaan emas menurut Islam.